Search This Blog

GUEST

KELAYAKAN PENGAMBILAN PEGAWAI KPA/KAGAT (TDM) MESTI BACA

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT DALAM
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita
yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat (TDM) sebagai Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) dan Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

SYARAT KELAYAKAN

2. Umur:

a.         Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) Tentera DaratMalaysia (TDM). Graduan Lelaki dan Wanita tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.

b. Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) TDM . Graduan Lelaki dan wanita tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.

3. Fizikal:

a. Tinggi minimum: 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.
d. Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

4. Taraf Kesihatan: Tidak berkaca mata dan tidak memakai kanta lekap, keupayaan penglihatan tanpa kaca mata ialah 6/6. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kerja TATADEMOT (DKT:FE).

5. Kelayakan Akademik

a. Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) TDM .
            (1) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) TESL/TESOL ATAU Ijazah Sarjana             Muda Sastera (Kepujian) (Bahasa Inggeris) serta Diploma Pendidikan. Dan

            (2) Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata    pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan).

b. Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Agama Angkatan Tentera TDM .
            (1) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin.          Dan
            (2) Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata   pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan).

6. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA - www.jpa.gov.my

GAJI DAN ELAUN

7. Gaji. Asas penetapan gaji seperti berikut:

a. Gaji permulaan Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) TDM melalui Skim Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) Gred DGZ 41, gaji minimum bermula P1 T2 RM 1,832.90.

b. Gaji permulaan Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas KAGAT TDM melalui Skim Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) Gred SZ 41, gaji minimum bermula P1 T3 RM 1,818.57.

8. Pentauliahan. Calon-calon terpilih akan ditauliahkan dengan pangkat berikut:

a. Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) dan KAGAT TDM.  Calon-calon yang terpilih akan ditauliahkan sebagai Kapten Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas dan menjalani latihan asas di Kolej Tentera Darat (KTD) selama 9 bulan. Perlantikan dan pentauliahan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan–pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

9. Dokumen Diperlukan. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a. Salinan Ijazah.
b. Salinan Sijil SPM atau setaraf.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Kad Pengenalan.
e. Salinan Sijil Kokurikulum.
f. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
g. Profil Peribadi/’Resume’ termasuk nombor telefon terkini.
h. Sekeping gambar berukuran pasport.
i. Sampul surat berukuran 20sm x 28sm, bersetem 50 sen dan beralamat sendiri.

CARA PERMOHONAN

10. Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)
ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen–dokumen seperti di atas. Caloncalon juga boleh memohon melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.com.

11. Maklumat Permohonan: Sila berhubong dengan pegawai pemilih seperti berikut

Pegawai Kanan Pemilihan Anggota: Lt Kol Mohammad Yatim bin Mohd Nor - 03-20712382
Pegawai Pemilh : Mej Siti Normiah bte Marzuki - 03-20714524
Kapt Ridzuan bin Abdullah - 03-20714526
Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang: 03-20712391

Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
Nombor Faks: 03-26985340 ,03-26986235
Email: ctk.mtk@ mod.gov.my

12. Tarikh Tutup Permohonan : 17 Oktober 2010.

Maklumat Penting:

Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon
yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan.
Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup
permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

1 comment: