Search This Blog

GUEST

SYABAS TLDM



Bravo..Bravo... PV Ke-6 TLDM
      KD SELANGOR merupakan Kapal Ronda Generasi Baru atau New Generation Patrol Vessel (NGPV) yang keenam dan terakhir dalam kumpulan pertama kapal jenis NGPV yang ditauliahkan ke dalam inventori TLDM selepas KD KEDAH, KD PAHANG, KD PERAK, KD TERENGGANU, dan KD KELANTAN. Malah, yang lebih membanggakan ialah kapal ini merupakan kapal ronda keempat yang pembinaannya dilaksanakan sepenuhnya oleh Industri Pembinaan Tempatan iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) di Lumut, Perak yang diwakili oleh warga kerja anak-anak tempatan.
Upacara penamaan dan pelancaran KD SELANGOR sebelum ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Zatashah Anakanda Puteri Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan pada 19 Mei 2009 yang lalu di Limbungan Boustead Naval Shipyard, Lumut.
Nama KD SELANGOR adalah dipilih bersempena dengan nama Kapal Peronda KD SRI SELANGOR yang telah ditauliahkan di dalam perkhidmatan TLDM pada tahun 1963 yang pernah dibina di Syarikat Vosper Thornycraft Limited Portsmouth, England pada tahun 1961 dan dilucutkan tauliah pada tahun 1995 setelah berkhidmat selama 32 tahun dalam TLDM. Sepanjang perkhidmatannya, KD SRI SELANGOR telah banyak berbakti dalam menjaga kedaulatan negara melalui siri rondaan keselamatan di perairan negara. Antara sumbangan penting KD SRI SELANGOR ialah penglibatannya bersama kapal ronda KD SRI PERAK dalam menjaga kedaulatan perairan negara semasa era konfrontasi.  Mudah-mudah aset tempor TLDM ini sedia berbakti sepanjang hayatnya.